While I was surfing my cousin's blog, tetiba nmpak blog resepi kek coklat...
I'm craving for chocolate after a long time not eating chocolate cake...
Resepinya amatlah mudah dan senang especially bagi yang kurang pandai memasak mcm sia... hehe.. Resepi ini untuk buat sebiji kek coklat lembap yang sedap. Dijamin resepi ini sedap sebab ramai yang puji sedap....
Resepi Kek Coklat
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Hiasan Kek
1 bar coklat masakan
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek
Cara-cara masakan;
1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, buat adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan marjerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek kek ini sudah masak atau belum boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau teda yang melekat pada lidi bermakna kek sudah masak...
9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.
No comments:
Post a Comment