Thursday, September 9, 2010

Cepat, lazat, berkhasiat~~~










Ramai dari kita yang mengabaikan sarapan pagi. Sedangkan sarapan pagi ini adalah perlu dan penting bagi memulakan aktiviti seharian. 

Apa kata, kata apa kita kongsi resipi menarik untuk sarapan pagi, mungkin boleh membuka selera dan memberi idea kepada sahabat2 lain untuk lebih merajinkan diri, ambil sarapan pagi setiap hari...







Sandwich Telur
Bahan-bahan :

  • telur rebus
  • mayonis
  • roti
  • salad + timun


..sedap dan berkhasiat.. :lol:
   
 



Telur masak oat
Bahan-bahan:
  • Oat
  • Telur
  • Minyak masak


  1. Ambil 5 camca besar oat(biru / merah)...
  2. Pecahkan telur gaul dengan oat
  3. Lepas tu panaskan kuali, letak minyak zaitun atau apa-apa minyak masak
  4. Lepas tu goreng. buat bentuk bulat, atau rod atau ikut suka...




Posted Image





Telur separuh masak + Kicap + Cicah dgn roti Gardenia
-Telur direndam dlm air panas selama 2 minit atau rebus telur
-Pecahkan telur dan letak kicap dalam 4 - 5 titis
-Pastu ambik roti, cicah la..yummy!




Roti goreng telur
-Pecahkan telur sebiji
-Roti Gardenia dipotong kpd 2 atau 4 bahagian
-Celupkan roti ke dalam telur selama kurang 30 saat
-Goreng roti yg telah dicelup tadi

 


Telur dadar
-Hiris 1 atau 2 biji lada dan bawang besar (boleh tambah bahan lain mcm daun sup, dan lain2 ulam, nak bubuh petai pun ok hehe)
-Pecahkah 2 biji telur (atau lebih ikut kesesuaian)
-Campur kesemua hirisan dalam telur dan kacau
-Goreng telur yg dicampur, balikkan bila sesuai.

  



Nasi Goreng 10 Minit
Bahan2:
Bawang merah

Bawang putih
Telur
Nasi
Minyak masak

1- ambil bawang merah 2 ulas, bawang putih seulas, cili, (Secukup rasa)-mayang halus2
2- panaskan kuali, masukkan minyak, tumis semua tu.. pecahkan telur, hancurkan
3- masukkan nasi, eh, garam, erm, hancurkan garam dalam air panas dulu kalau mo selamat, x pun gaul garam dgn nasi awal2 sebelum masuk dalam kuali, kalau berani, masuk je garam dalam kuali masa tengah kacau tu, kalu tergigit garam, nasib la..





 






http://komuniti.iluvislam.com/index.php?/topic/25201-menu-dan-resipi-untuk-sarapan-pagi/

No comments: